Pakej Akauntan
Satu fail ZIP untuk diberi kepada akauntan anda — laporan penuh dan data mentah, terus daripada lejar.
Menyemak tempoh…
Apa yang ada di dalam
Laporan perakaunan
Imbangan dugaTrial Balance setakat tarikh akhir tempoh
Lejar amGeneral Ledger ikut akaun, dengan baki bawa ke hadapan
Untung rugiProfit & Loss bagi tempoh
Kunci kira-kiraBalance Sheet setakat tarikh akhir tempoh
Imbangan duga bulananSatu fail untuk setiap bulan dalam tempoh
Laporan untuk cetakSatu muka surat HTML — buka, tekan Cetak, simpan PDF
CSV untuk import ke software akaun (SQL Account / AutoCount serasi) Carta akaun (chart of accounts)
Jurnal penuh (general journal)
Invois jualan & nota kredit
Butiran baris invois
Bayaran diterima
Belanja
Pelanggan
Fail CSV ini lengkap dan kemas, dengan tajuk lajur dalam istilah perakaunan Inggeris. Kami tidak mendakwa ia boleh diimport dengan satu klik — akauntan anda mungkin perlu padankan lajur semasa import mengikut templat software mereka.
Apa yang TIDAK termasuk
PINTAZ SME Suite ialah sistem operasi perniagaan dengan lejar perakaunan di bawahnya — bukan sistem perakaunan penuh. Perkara ini tiada dalam sistem, jadi ia tiada dalam pakej:
- Jurnal manual — akauntan tidak boleh masukkan pelarasan dalam sistem ini
- Baki awal daripada sistem lama atau tahun sebelum ini
- Kos jualan (COGS) — angka untung adalah SEBELUM kos barang
- Stok sebagai aset dalam lejar
- Invois belian, pembekal dan penyata pemiutang
- Aset tetap dan susut nilai
- Penyesuaian bank (bank reconciliation)
- Tutup tahun / kunci tempoh
- Angka SST-02 (jualan kaunter POS tiada pecahan cukai)
Senarai penuh ada dalam fail BACALAH.txt di dalam pakej, dalam Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris. Laporan ini belum diaudit.